Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 17 March 2011

Apa tujuan tulis blog?

Aku terpanggil untuk menulis entry ni lepas baca blog Cik Wan kiter. Apa tujuan aku buat blog ni? Niat asalnya nak abadikan kenangan pahit-manis semasa blaja kat sini. Ala-ala macam diari gitu. Nak tulis pasal cabaran-cabaran sepanjang aku dok mengaji neh. Tapi aku rasa uncomfortable pulak nak citer bab2 ngaji neh. I make a promise to myself, bila dah konpem berjaya, akan aku tulis liku-liku dan cabaran-cabaran dalam buat PhD ni. Kadang rasa senang, kadang rasa payahnya............


Jadinya for the time being, aku lebih selesa letak gambar aku anak-beranak, tempat yang kami pegi, aktiviti kami....benda2 biasa bagi orang lain tapi special bagi kami. Aku paling suka tengok perkembangan Alia dalam blog ni...dari budak kecik yang umurnya 3 tahun masa mula2 menjejakkan kaki kat sini sampai la sekarang dah nak jadi anak dara sunti, hehehhehe.

Sekarang ni pon aku tak sabar-sabar nak habiskan study cepat-cepat. Aku nak spend masa ngan anak daraku yang dah lama terabai. Balik sekolah, dia main sorang2, berangan sorang2. Aku pulak just not in the mood nak main ngan dia sebab otak dok pikir pasal keja je. Walaupun hakikatnya aku takde la buat keja 24-7, walaupun memang glued to the desk all day (and night) long! Sampai kejang punggung neh. Senget dah pinggang ni rasanya. Tapi tak produktif la aku ni. Kalau dapat menulis sehari dalam 2-3 jam pun dah ok la.

Aku nak cepat-cepat abiskan study, nak keluar rumah menikmati spring yang dah menjengah. Nak hirup udara nyaman dengan bebas tanpa batu besar yang tergalas di bahu sejak beberapa tahun lepas. I'm getting there, insyaAllah............usaha....usaha......usaha.



1 comment:

sitiezahim said...

samalah..walaupon saya tak paham susah org blaja, tp saje nak abadikan kenangan di rantau org. lelama cm jadi bes pren plak blog ni..hihi
btw mmg kesian ngan alia..hehe..takpe la insyaAllah dia paham mama nye bizi...gud luck unt kak long ye..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :