Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday 13 September 2010

Posto....posto

4 September 2010

Yahoooooooo....makcik dapat parcel hari ni. Gembira sungguh! Alia seronok dapat baju raya. Hari-hari dok pakai and hari2 jugak dok tanya "When is hari raya? I'm so excited". Hisss...tak sabar-sabar. Macam le puasa. Ada jugak dia puasa...1 hari je puasa penuh. Penah puasa sampai 11am dalam 2-3 hari.

Parcel kiriman adik aku, Yana. Thanks, sis. Aku dapat baju raya, 5 tudung, 3 balang kuih raya. Alia dapat baju raya. Thanks to my hubby yang menghulurkan ongkosnya. Yeayyy dapat beraya pakai baju baru.


Sempena bulan puasa ni, ada le aku masak2 dan buat kuih sikit2. Maklum la...tekak terasa nak makan, bazaar Ramadhan takde, jadi terpaksa la masak sendiri. Mak aku mesti kagum tengok anak dia boleh masak. Kalau kat kampung, memang satu apa pun aku tak reti masak.

Carrot cupcake with cream cheese icing...masak raya pertama.

Chocolate chip cookies...masak masa bulan puasa.

Air soya.....ni pun buat sendiri tau!!! Kurendam kacang soya, ku blend, kutapis dan ku masak atas api tau!!! Sedap lagi berkhasiat. Lemak manis disukai ramai. Lepas ni dah boleh bukak gerai air soya kat Pasar Malam Salak Tinggi plak.

Apakah ini? Ini le doh roti canai utk buat murtabak sempena raya. Kalu nak buat roti canai, tepek2 je kasi leper, jadi le roti canai. Kalu nak jadikan murtabak, letak je inti murtabak. Aku uli pakai breadmaker pastu buat bulat2 cam dalam gambar, letak butter n biar semalaman. Pastu boleh canai utk buat murtabak ke roti canai ke...ikut suka la.

Teringat masa sekolah dulu, penah le beberapa kali mak aku mintak tolong gentel2 roti canai ni, buat meniaga. Aku buat secara paksa sebab aku geli bila tangan kena marjerin, sekarang...nah.....rasakan! Buat le sorang2!

Dan inilah hasilnya murtabak aku.....rupa kurang jelita sikit sebab lupa nak taruk serbuk kunyit kasi kaler dia gelap2 sikit. Takpe la....asal rasa murtabak sikit2 pun ok la. Aku tak reti nak tebar roti canai tu so aku gelek2 dengan rolling pin. Sebab tu murtabakku agak tebal kulitnya. Hentam saja la.

1 comment:

sitiezahim said...

ahaha..samalah ngan saya kak long..mak saya musti kagum giler la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :