Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Not Well

Mulanya aku rasa tak sihat. Rasa seram sejuk. Aku gagahkan diri bawak kereta untuk hantar Alia ke rumah Maswa. Lepas tu aku balik rumah dan tidur sepanjang hari. Sedar2 je dah jam 5pm, kena pegi amik Alia pulak. Balik amik Alia aku tidur lagi sampai jam 10pm, lepas tu baru aaku bangun dan bagi Alia makan. Rasa sakit kepala dan sejuk semacam. Kemudian Alia pulak demam. Yang merisaukan aku ialah dia demam waktu malam. Hari tu 39.3C. Muka dia jadi merah sebab panas. Waktu siang dia ok je. Sihat. Aku memang risau. Tidur pun tak lena sebab takut suhu badan dia naik tengah malam. Tidur-tidur ayam je. Sepanjang malam dok letak air kat kepala dia. Hari ni Alia tak pegi sekolah. Aku nak bagi dia rehat kat rumah. 2 malam dia macam tu. Ingatkan hari ni dah ok. Hari ni, siang lagi dah panas badan. Dari siang dia tidur. Bangun sekejap, mengadu sakit perut lepas tu tidur balik. Aku dah letak ubat kat perut dia. Dia tak lalu makan tapi minum susu seteguk dua. Pelik jugak sebab selalunya dia tak suka susu. Selalu dia minum air kosong je. Kesian anak aku. Aku sanggup biar aku je yang sakit sebab dia budak, kesian sungguh tengok dia macam tu. Bila anak sakit, aku pun jadi semacam, tak tau nak buat apa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :