Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Pick-Your-Own Farm

Aku memang suka sangat ke PYO. Dari aku Tingkatan 5 lagi, aku teruja melihat gambar2 cikgu Add Maths aku (Wan Norhaizam) kat ladang epal masa dia belajar kat US. Masa tu rasa kagum sangat. Aku berniat dalam hati, kalau aku berpeluang belajar kat luar negara, takkan aku lepaskan peluang pegi ladang epal. So bila dah sampai sini, antara tempat pertama yang aku cari ialah PYO. Saksikanlah gambar2 kekaguman aku di PYO. Nikmat rasanya makan buah yang dipetik sendiri. Fresh from the farm.

Gambar tu Alia makan cherry, pejam mata untuk menikmati sepenuhnya kemanisan cherry yang dipetik sendiri, hahaha. Kemudian gambar aku petik cauliflower. Selalu kat Malaysia aku tau makan je. Kali ni berpeluang petik dari pokok. Istilah petik tak sesuai kot sebab susah betul nak pisahkan cauliflower ni dari induknya. Siap pakai 2 tangan, kaki dan bantuan tambahan dari Dila. Macam nak tarik ubi kayu dari dalam tanah, cuma bezanya cauliflower ni atas tanah. Apa yang susah benar ni? Pastu gambar kawan aku, Widad dari University of East Anglia (nama glamer UEA) nak petik redcurrants kononnya tapi tak petik pun sbb buah ni masam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :