Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Episod Pertama



Online diari a.k.a blog ini merupakan catatan perjalanan hidupku di bumi asing ini. Kembara untuk mencari ilmu dan juga mencari erti kehidupan. 2 Febuari 2008 menyaksikan aku mendaftarkan diri secara rasmi sebagai pelajar PhD di Imperial College London. Kedatanganku buat pertama kali di bumi UK ini ditemani suami, anak dan sepupuku.

3-4 hari pertama kami menginap di Travelodge Heathrow 5. Waktu ini, Alia kami tinggalkan bersama Dila sementara aku dan suami ke South Kensington untuk menguruskan pendaftaran dan lain-lain hal akademik. Beberapa hari kemudiannya kami asyik berulang-alik dari London ke Silwood Park untuk mencari rumah sewa. Pencarian ini sungguh memenatkan memandangkan kami perlu menaiki bas dari hotel ke Heathrow 5. Tambang bas 4 pound seorang. Dari Heathrow kami menaiki underground tube ke London Waterloo Station (5 pound). Kemudian dari situ kami menaiki keretapi ke Ascot selama 40 minit (9 pound). So tambang keseluruhan utk 2 org ialah 36 pound. Tu belum masuk tambang teksi dari Ascot station ke Silwood Park. Masa yang diambil : 2 jam sehala. Padahal kalau naik keta dekat je, tak sampai 30 minit pun. Tapi sebab kami tak tau.......tu yang jadi camni. Selepas itu kami berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat untuk ke pejabat estate agent/rumah sewa. Seksa sangat berjalan kaki dalam cuaca yang sangat sejuk dengan perut lapar. Nak makan, tak banyak kedai halal. Sandwich yang kami bawak bekal, dah sejuk macam letak dalam fridge, tak selera je.

Beberapa hari berulang-alik dari London ke Ascot, bila dah dapat rumah yang kami rasa sesuai, macam-macam pulak syarat yang dikenakan. Mereka mahu sewa rumah dibayar 6 bulan in advance ataupun dapatkan guarantor yang gajinya 30 kali ganda (setahun) dari sewa rumah!! Bayangkan keadaan aku yang baru di bumi UK ini sudah pastinya sukar utk mendapatkan guarantor. Apatah lagi mahu membayar 6 bulan sewa in advance!! Memang tak mampu. 700 pound sebulan x 6 = 4300 pounds tu. Kerajaan pula bayar elaun setiap 3 bulan sekali. Memang tak mampu. Rasa nak menangis pun ada. Punya la banyak kami berjalan 4-5 hari tu. Bayangkan tapak kasut aku terhakis sampai nampak besi kat bawah tu sebab banyak sangat berjalan. Padahal kasut tu aku beli beberapa hari sebelum berangkat ke UK. Kasut ala2 boot yang aku perasan stylish. Hehehe.

Hari ke-4 dan seterusnya, kami menyewa bilik di rumah Kak Yati dan suaminya Ahmad Sukyoo. K Yati ni memang baik hati. Waktu tu, dia hanya menunggu masa utk pulang ke Malaysia. Sudah 4 tahun dia di UK. Daripada merekalah kami banyak belajar mengenai cabaran2 kat UK ni. Dia juga yang ajar nak buat free call ke Malaysia, bawak kami ke kedai Cina utk beli barang2 keperluan org Asia, tolong belikan kereta, PDA yang siap ada TomTom, tips utk beli insuran kereta dan macam2 lagi. Aku memang bersyukur sangat ditemukan dengan K Yati pada waktu2 begini. Begitu juga K Ida. Melalui K Ida lah aku dikenalkan dengan K yati. Kedua-dua mereka buat PhD di University of East London. Suami K Yati buat beberapa phone call dan akhirnya dia bawa kami ke Ascot dan kenalkan aku dgn Ashraff, student kat Imperial. Dia dah 5 tahun kat sini. Pun menunggu masa utk balik Msia. Ashraff bawak aku berjumpa Carlos (accommodation officer) dan atas usaha dia aku berjaya dapat flat 1 bilik dalam kampus. Sukanya aku. Selesai satu masalah. Terima kasih Ashraff. Sekarang dia dah balik Msia, kerja kat USM. Aku boleh masuk flat tu 3 minggu kemudiannya bila org lama keluar. Sementara tu aku duduk di rumah K Yati di Illford, East London. Punya la jauh dari tempat aku belajar. Kampus aku di West London. Bila aku bagitau supervisor aku pasal ni. Dia kata takpe la, tak payah mula keja lagi. Masuk ofis bila dah pindah masuk kampus. Alhamdulillah. Selepas itu barulah kami mula berjalan2 kat UK ni. Pergi Hyde Park, London Eye, Westminster etc. Masa tu jugak aku gemuk sbb sepanjang musim sejuk tu kami asyik makan je. Suami K Yati masak beriani best giler.
Lihatlah gambar kami tu. Masa tu aku gemuk gilerrr...hahah. Mula2 datang aku turun 4kg sbb banyak sangat berjalan kaki cari rumah. Sampai longgar seluarku. Lepas tu aku gemuk balik....Memang takde can nak kurus kalau camni.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :