Hari ni aku bawak Alia pegi King's Corner Surgery (klinik kat sini dipanggil surgery). Pegi dengan Sofia sebab anak dia pun dua-dua tak berapa sihat. Tapi Dr tak prescribe apa2 pun. Selalu memang macam tu. Kat UK ni, Dr tak suka bagi ubat untuk kanak-kanak.Kalau boleh Dr mahu sembuh secara natural. Antibiotik diberi hanya bila sangat perlu. Dulu kalau aku bawak Alia pegi klinik pun, Dr akan suruh banyakkan rehat sahaja. Paling terer pun dibagi paracetamol. Lepas jumpa Dr, Sofia kata Dr tak bagi apa-apa ubat untuk anak-anak dia; Rumman, 5 bulan dan Jaja, 2 tahun. Untuk Alia pulak, Dr kata Alia susah bernafas. Alia sakit perut sbb dia bernafas pakai perut, bukan dada sebab dada dia dah penuh phlegm. Sebab tu perut dia sakit. Jadi Alia kena pakai Paediatric Volumatic, fungsinya macam aero-chamber. Alat ni untuk dipakai bersama inhaler. Ada 2 jenis iaitu ventolin dan beclometasone. Kena pakai 2 kali ganda dari dos biasa sebab Dr nak bagi Alia bernafas dulu. Lepas tu baru pakai dos normal seperti tertulis kat kotak. Ventolin ni Alia biasa pakai masa kat Malaysia tapi beclometasone ni tak pernah. Lepas tu Dr prescribe antibiotik.
Balik dari klinik, aku pergi farmasi (kat sini dipanggil chemist), amik ubat. Sistem kat sini, Dr hanya boleh bagi precsription, kemudian ubatnya kita ambil dan bayar kat chemist. Ubat free bagi yang berumur bawah 16 tahun, warga tua atau ibu yang baru bersalin. Yang lain-lain kena bayar. Lepas makan ubat Alia terus tidur. Petangnya Alia dah sihat. Gembira aku rasa. Suka sangat tengok dia kembali boleh bangun dan bercakap. Tengok gambar tu, siap main-main dengan blocks dan toys dia tu. Petangnya aku ada perjumpaan dengan cikgu Alia. Hari Perjumpaan Ibu-Bapa. Cikgu terangkan mengenai perkembangan Alia kat sekolah dan juga expectation dari ibu-bapa. Nampaknya aku kena mula bacakan buku untuk Alia mulai malam ini. Sepatutnya dari Rabu lepas lagi tapi aku tak sihat masa tu. Cikgu Alia bagi buku untuk aku baca bersama Alia dan aku kena tulis respond Alia terhadap buku tu. Ada ruangan untuk komen ibu-bapa dan juga ruangan untuk Alia tulis sendiri. Nanti bila Alia dah tulis/conteng dalam buku tu, aku masukkan dalam blog. Malam ni aku nak mula baca buku tu untuk dia.
No comments:
Post a Comment