Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 24 November 2008

Kursus lagi

Kena hadiri kursus ISI Web of Knowledge. Janji nak jumpa Ida sebab dia pun amik kursus sama. Pastu kami naik bas, singgah MSD jap. Lunch. Aku makan kari ikan, sayur kobis dengan tauhu. Sedap jugak. Tapi yang paling sedap ialah sambal belacannya. Oh, meleleh air liurku sambil tulis nih. Ida makan ikan sambal, kacang goreng, kobis ngan tauhu. Ikutkan hati mau je aku beli bungkus sayur yang ada tauhu tu. Tapi memikirkan lepas tu kami dah plan nak gi kedai Cina, aku tak jadi nak bungkus. Aku beli je tauhu pastu masak sendiri. Boleh makan hari2. Hahaha.

Dah kenyang perut , kami pegi Oriental City (kedai Cina tu). Tujuan utama nak beli kicap tapi kecewanya sebab abis stok la pulak. Yg ada kicap masin. Aku nak kicap manis. Hmmm...takpe la. Takde rezeki. Beli tauhu, fishball dan asam (plum). Dah seminggu aku bercadang nak masak pak choy ngan fishball. Pastu sup fishball letak tauhu, pastu sayur campur letak fishball ngan tofu. Pendek kata sepanjang minggu ni aku makan fishball je le. Lepas tu muka pun bulat macam fishball.

Dah abis shopping kami naik bas, sambung perjalanan ke South Ken. Teman Ida gi NatWest jap. Pastu terus masuk library (kursus ni kat Central Library). Bagu
s jugak aku pegi kursus ni. Selama ni aku pakai ISI ikut suka hati je. Sekarang baru tahu kelebihan2 ISI yang selama ni aku tak pernah explore. Habis kursus kami terus naik bas balik ke Acton, lepas smayang Maghrib aku terus balik umah.

Sampai umah Maswa, dia pelawa aku makan kek coklat yg
dia buat. Aku terima pelawaannya sebab tak elok kan tolak ajakan org. Bila aku ke dapur, alamak! besarnya kek dalam piring tu. Aku pun makan la. Dalam hati aku terpikir jugak, camana la aku nak kontrol makan nih....tapi sebab kek tu sedap, aku tepis kata2 dalam hati aku. Haa....nafsu berkuasa lagi hari ini.

Alia pulak sibuk dok tunjuk hasil kreativiti dia kat sekolah hari ni. Cantik jugak bagi budak 3 tahun. Ada sikit2 unsur Oriental. Hahahah. Tengok la, cantik tak?

Pastu Alia bagitau yg hari ni birthday ayah Husna. Husna umur 4 tahun, lebih kurang Alia. Alia cakap "Husna bagi present kat birthday ayah Husna" Tunggang-terbalik ayat anak aku ni. Sebenarnya dia nak cakap yg Husna bagi hadiah kat ayah dia sempena birthday ayah dia.

Malam ni dia tido awal sebab aku tak bagi dia pakai komputer. Selalunya dia takluk laptop ni. Malam ni aku berkuasa sebabnya aku nak skype ngan Sufi dan Ida. Ada perkara serius nak dibincangkan. Lama jugak kami borak. Aku kesian sangat dengan dia. Aku tahu dia buntu. Apa yang mampu aku beri ialah sokongan dan kata2 semangat. Aku cuma harap Sufi sentiasa tabah dan diberikan apa yang terbaik untuknya di masa hadapan. Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak. Kenapa Allah tak bagi? Mungkin kerana apa yang kita nak tu bukan yg terbaik utk kita. Atau dia nak kita berusaha lebih gigih. Aku harap Sufi tabah dan redha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :