9 Ogos lalu, suamiku sampai dari Malaysia. Banyak le tempat kami jelajah. Persinggahan pertama di Weston-super-Mare. Pantainya biasa je sebab kebanyakan pantai kat UK ni suram, airnya keruh dan sangat sejuk. Kami piknik kat situ. Makan sphaghetti bolognaise, nasi goreng dan sosej yang aku bawak dari rumah. Alia seronok sebab suami aku bawak dia pegi fun fair kat situ. Lepas tu kami ke rumah En Zuli dan isterinya Asmidar. Nama hampir sama, heheh. En Zuli ni colleague aku masa kat UiTM Pilah. Sekarang dia buat PhD kat Bristol University. Banyak isterinya masak hari tu-nasi himpit, lontong, coklat kek, bihun goreng, rendang etc. Seronok betul kami makan sambil bergossip-gossipan. Esoknya lepas makan nasi goreng dengan ayam goreng, kami ke car boot sale di Bath, beli baju tebal memandangkan kami nak naik ke North lepas tu. Mesti sejuk gila. Lepas tu kami pegi tengok Suspension Bridge. Tinggi sungguh jambatan tu. Gerun dibuatnya. Tapi pemandangan kat situ cantik sangat.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Lake District. Tempat ni memang la sangat cantikkkkkk!!!. Ada gunung, lurah, sungai, tasik, air terjun dan macam2 lagi. Tapi sejuk sungguh kat atas tu. Kami tinggal kat Travelodge Barrow In Furness. Best sangat tempat ni. Pemandangan countryside yang mengasyikkan, ada banyak kambing biri-biri. Comel sangat. Romantik sangat. Aku membayangkan aku duduk kat situ sambil baca novel during summertime. Memang ideal.
Semalaman kat sana, esok paginya kami jalan2 lagi, naik bot dari Windermere ke Bowness (kalau tak silap). Dah puas jalan, jam 3pm kami bertolak ke Scotland. Sampai di Edinburgh dah malam. Makan nasi beriani dan kebab sebelum tidur. Suami aku cakap masa dia belajar dulu, kebab kat Scotland memang sedap sangat. Kami cari jugak kedai tu tapi tak jumpa.
Esoknya kami jalan2 sekitar Edinburgh. Selepas tu kami ke pantai, Berrick-upon Tweed. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Manchester. Ke rumah cikgu Lah dan suaminya cikgu Man. Pasangan suami isteri ni buat PhD kat Salford University. Aku kenal mereka dah lama. Masa aku kat kampung lagi. Malamnya kami dijamu laksa Penang, esoknya nasi lemak. Yummy yummy. Kemudian kami ke Old Trafford. Aku dan suami dua2 tak minat bola tapi dah alang2 datang Manchester, apa kelas tak pegi Old Trafford, kan?. Seronok. Besar tempat tu. Mulanya nak ikut tour ke dalam stadium dan changing room footballers tu tapi masa tak mengizinkan. Kemudian, cikgu Lah jamu kami dengan kari ayam, ikan kering goreng (lama tak merasa) dengan sayur, siap ada sambal lagi. Memang masakan Melayu asli jati.
Selepas ke Manchester, aku ke Cambridge, pegi rumah Sufi. Aku tak dapat pergi masa dia buat birthday party utk anak dia beberapa hari sebelum tu. Sebabnya hari yang sama aku kena jemput hubby aku kat airport. Yang tak bestnya ialah, aku lupa nak beli hadiah!! Malunya aku masa sampai kat rumah dia tu. Tapi aku buat muka donno je. Nanti la aku beli kemudian. Malu, malu. Sufi jamu aku dengan tomyam. Suami aku memang suka makan tomyam. Tapi malam tu dia makan sikit je. Mungkin penat memandu. Aku memang pencen bawak keta kalau suami aku ada. Best wooo duduk kat sebelah pemandu nih. Esoknya Sufi masak nasi lemak power. Aku dengan malu2, makan 2 pinggan. Hahhaha. Kalau tak malu tak tau la berapa pinggan. Lunch, makan daging masak kicap dengan sup sayur. Isshh, sambil tulis2 ni terasa nak makan daging masak kicap la pulak. Macamana nak kurus ni?
Dari Cambridge kami ke Clacton-on-Sea. Sebelum tu singgah ke factory outlet jap. Tak banyak barang boleh beli sebab kat sini walaupun lebih murah dari high street tapi still mahal la bagi aku. Kat Clacton, kami pegi kat theme park, makan McD, makan fish n chip (sedap!!) dan duduk tepi pantai tengok laut. Dah penat, kami pun bertolak balik sambil makan aiskrim dalam keta. Tamat la vacation aku buat kali ni. A wonderful trip up north!!
No comments:
Post a Comment