Setelah 6 bulan menunggu akhirnya Alia dapat masuk nursery. Peraturan kat UK nih, budak2 boleh masuk nursery selepas birthday yang ke-3. Sesi persekolahan bermula bulan September setiap tahun. Aku sampai UK bulan Febuary maka kena tunggu September baru Alia boleh masuk nursery. Aku seronok Alia masuk nursery sebab dia akan ada ramai kawan, boleh belajar cakap omputih. Sebelum kelas bermula, ada induksi untuk ibubapa. 2-3 hari pertama, aku teman Alia kat sekolah. Hari ke-4 tu dah boleh tinggal terus. Dia suka kat nursery nampaknya. Mula-mula tu Alia pergi ke South Grange Nursery di Ascot. Dari jam 12.30 tgh sampai 3pm. Kemudian aku tukarkan Alia ke Englefield Green Nursery memandangkan aku dah mula hantar Alia utk dijaga oleh Maswa. Nursery ni satu kawasan dengan sekolah anak2 Maswa.
No comments:
Post a Comment