Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Bonfire Night

Hajat di hati aku nak gi London, tengok perarakan Lord Mayor's apa ntah. Ada perarakan dan bunga api. Tapi memikirkan Alia tak berapa sihat dan aku pun tak sihat sangat, aku dok rumah aje. Malamnya Sofia call, tanya aku nak pegi ke Bonfire Night ke tak? Memandangkan pertunjukan bunga api tu dalam kampus, 5 minit jalan kaki je, so aku bawak la Alia pegi. Lagipun aku tahu Alia suka bunga api. Teringat aku masa kat Malaysia, suami bawak aku ngan Alia tengok bunga api kat Putrajaya. Seronok!

Malam ni dipanggil Bonfire Night/Guy Fawkes Night. Diorang buat unggun api besar2 setinggi bangunan 2 tingkat pastu bakar orang-orangan. Kemudian ada pertunjukan bunga api. Lepas puas tengok api, kami singgah umah Sofia. Alia nak main dengan Dania. Lepas tu Dania pulak pegi rumah aku. Budak2 ni memang suka kalu jumpa satu sama lain. Maklum la kat sini tak ramai budak. Tu je le circle of friends diorang selain kat sekolah.

video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :