Have a break
SELAMAT DATANG
Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.
Monday, 10 November 2008
Open house
Banyak jugak aku dapat jemputan Open house. Lepas sembahyang raya kat Royal Holloway University, aku jumpa Zamri. Dia ajak pegi rumah dia. Aku pun pegi dengan Sofia lepas sembahyang raya tu. Sebelum tu, nak cerita pasal org Arab. Masa kat masjid tu ada ramai sangat org Arab. Semuanya bergaya-gaya. Kasut tumit tingginya ala2 artis, jam yang mereka pakai penuh diamond2 gitu. Aku tak tau mana datang org2 Arab ni sebab aku tak pulak ternampak diorang kat sekitar Ascot/Egham nih. Diorang duduk kat kawasan org kaya kot. Ascot dan kawasan sekitarnya ni memang ala2 posh area gitu. Jangan terkejut, Phill Collins (ke Elton John?) dok kat sini, pastu dorang cakap Julia Rais dok kat Virginia Waters, Sultan Pahang dok kat Ascot sebab ada istana hinggap kat sini beserta kerabat2nya. Sebab tu le rumah kat Ascot mahal giler. Aku jugak yang teraniaya. Selalu gak berharap agar orang istana tiba2 ajak rakyat Malaysia Ascot ke tempat mereka, makan-makan. Mana tahu, depa jadikan aku keluarga angkat ke...hehehe.
Sambung pasal open house, kat rumah Zamri (isterinya Maswa), kami dijamu lemang, rendang, laksa Pahang dan kuih-muih. Masa tengah makan, Kak Mas call ajak pegi umah dia. Aku bawak Sofia sekali ke rumah Kak Mas. Dia masak lontong, rendang ayam dan lain-lain. Rumah ke-3 hari tu aku ke rumah Ida di Acton. Dia ni memang terer bab2 masak. Ada nasi himpit rendang ayam, kuah kacang dan yang paling aku suka ialah sambal ikan bilisnya. Memang lain daripada yang lain. Aku rasa kalau aku hidup makan nasi putih dengan sambal ikan bilis Ida je, dah cukup. Memang best. Aku siap amik resepi lagi.
Kemudian kitorang ke Open House Malaysia High Commission. Pertama kali aku drive masuk ke Central London. Sekali masuk kena bayar 8 pounds. Pertama kali aku belajar nak bayar C-charge. Silap pulak tu. Nasib baik kesalahan aku kecik (silap satu nombor pada plate no keta). Bila sampai surat saman, aku call dan di cancelkan denda 50 pounds. Masa kat open house tu kami makan macam2. Alia paling suka makan sate. Siap melompat2 sambil cakap yahoo sambil makan. Aku pulak yang rasa pelik. Seingat aku kat Malaysia dulu dia takde le suka sangat sate. Mungkin sate ni familiar bagi dia kot. Mengingatkan dia pada Malaysia.
Malam tu kami tido rumah Ida. Bibik Sufi pun ada sama. Esoknya aku balik Silwood, kemas rumah sebab aku pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Jam 3 pagi baru tido. Malam kedua aku tidur lewat lagi sebab nak settlekan rumah sebelum Ida sampai dari Malaysia. Aku punya la kepenatan sampai terlewat gi amik Ida kat airport. Maap sangat2. Kecewa betul aku. Kecewa dengan diri sendiri. Kesian Ida tu. Dah la pertama kali sampai UK. Aku tak sengaja. Memang penat giler.
Lepas amik Ida, aku bawak balik umah, makan. Lepas tu bawak dia gi amik kunci umah kat Hammersmith. Lepas tu gi tengok umah kat East Acton. Malam tu aku ajak Ida tidur umah aku. Aku takut dia sunyi. Esoknya aku bawak dia gi open house rumah kak Izan. Makan lagi. Ada nasi dagang, kari ikan tongkol, kari ayam, laksa Johor, kuih-muih dan macam2 lagi.
Beberapa hari selepas tu ada open house kat rumah Kak Mas, umah Maswa dan umah Kak Asma dan jugak open house kat MSD. Memang 1-2 minggu tu penuh dgn open house. Puas la makan makanan Malaysia yang dah lama tak ketemu. Hilang segala rindu kat makanan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment