Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 20 November 2008

Penat



Aku penat la.....sejak 2-3 hari ni aku tak semangat nak buat apa2. Nak pakai lipstick pun malas. Hari ni masa kat lavatory (heheh...bahasa canggih) aku terpandang cermin. Terkejut aku tengok muka sendiri. Pucat macam apa ntah. Aku takde semangat nak buat apapun. Banyak keja tapi aku tak tau nak start kat mana. Kain banyak tak berlipat, baju kena basuh, rumahku bersepah2 dan tong sampah aku dah penuh. Kalau buat kejap je tapi aku takde semangat la. Sebab cuaca ke? Ke apa? Aku dok ingat lengan suami aku je....hahahah. Sebabnya kalu suami aku ada, aku suka bercakap sambil peluk lengan dia yg besar tu. Aku rasa aku penat sebab aku takde kawan kot sebab kat ofis aku sorang2, kat umah ada Alia tapi dia budak, kan. So takde tempat aku nak borak2. Aku ni dah la jenis suka bercakap. Ok la...nak tido dah, esok kena gi South Ken, aku jadi demonstrator. Nak kena bertolak jam 7.30am. Adoiii...nak kena bangun jam 6.30 nih. Kena hantar Alia pastu balik semula ke kampus sebab janji berkumpul jam 7.30am ngan member2 Pakistan. Aku naik ketapi ngan diorang. Jangan la aku terbabas, bangun lambat esok. Mata aku ngantuk tapi kenapa aku tak nak tido ni...tolonnnnn

Sementara tu, layan la antara lagu2 yg sentiasa aku dengar time2 camni. Lagu Siti dan Michael Buble. Yang paling aku suka ialah lagu dari
Sara Barailles. Aku ngan Alia sama2 suka. Tapi tak dapat nak upload kat sini. Tengok sendiri la kat youtube okay. http://uk.youtube.com/watch?v=MR5xv3pt7KI Best tau! Kalau dengar lagu ni mesti Alia buat gaya macam org main piano dgn profesionalnya.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :