Musim berganti......sekarang ni penghujung musim luruh. Sudah hampir benar ke musim sejuk. Kalau pada musim panas, siangnya sangat panjang, musim luruh dan musim sejuk, siangnya sangat pendek. Sebagai perbandingan, waktu isyak di musim panas mencecah 11.45 malam! Manakala waktu isyak di musim sejuk ialah 5 petang!! Memang extreme betul la. Musim luruh ni yang seronoknya melihat daun berubah perlahan-lahan dari hijau ke kecoklatan dan kemerah-merahan. Sangat cantik sekali. Kemudian, penghujung musim luruh semua daun berguguran, sebagai persediaan untuk musim sejuk. Apabila musim sejuk tiba, yang tinggal hanya ranting tanpa sehelai daun sekalipun.
Sebab tak biasa dengan peralihan musim ni, kadang-kadang terkeliru. Jam 4pm nak smayang Asar pulak sedangkan masa tu dah masuk waktu Maghrib. Kalau aku pegi amik Alia jam 4.30pm, masa tu dah gelap sebab dah masuk waktu Maghrib.
Musim luruh dan musim sejuk rasa tak produktif je sebab tak banyak perkara boleh dibuat sebab malamnya cepat. Kalau aku pergi kursus kat South Ken dan abis jam 5pm, masa jalan kaki dari tube ke tempat letak kereta (kira-kira 15-20 minit jalan kaki) tu aku rasa takut je sebab dah malam. Tapi aktiviti di sini berjalan macam biasa. Bagi kita org Melayu ni, Maghrib je dah masuk rumah. Itu la dia kisah peralihan musim.
No comments:
Post a Comment