Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 19 November 2008

Girl's Day Out






























































































































2 hari lepas (Rabu) aku tak hantar Alia pegi umah Maswa. Nampak dia macam tak sihat. Kemudian tengahari tu dia nampak macam ok sikit, aku hantar dia pegi skolah. Lepas hantar Alia, aku singgah kedai jual uniform sekolah. Dah lama aku nak beli barang2 sekolah Alia tapi tak berkesempatan. Beg sekolah dia Maswa bagi. So hari ni aku beli jumper dan jacket untuk Alia. Sebab aku beli ialah : (a) Aku baru berkesempatan, (b) Cikgu Alia hantar reminder yg semua pelajar digalakkan pakai uniform sekolah. So aku beli la. Semua sekali 25 pounds. Hmmmm.

Lepas tu aku pegi bank kat Egham, buat macam2 urusan. Aku nak cancelkan direct debit, nak bank-in cek dari DVLA dan nak tukar no pin. Sebab masa register kad aku utk top-up hp, aku dengan selambanya bagi no pin debit kad aku. Gila ke? Masa tu tak pikir panjang. Lepas tu cepat2 tukar. Bahaya wooo.

Lepas tu masuk Oxfam. First time aku masuk masa ngan hubby aku bulan Feb lepas. Masa tu kitorang tengah nak jumpa estate agent kat Egham nih. Nak carik umah. Kat kedai tu kitorang beli jaket utk Alia. Warna pink tapi besar sangat so tak muat Alia pakai. Hari ni aku beli skirt, cardigan dan jeans utk Alia. Pastu satu tops utk aku. Dan satu kiddies baking set utk Alia.

Kemudian aku call K Mas nak bgtau pasal no tipon baru aku. Dia kata dia kat umah K Izan, tengok cite hantu. Dia ajak aku join. Sungguh2 dia ajak, aku pun apalagi pegi la. Lagipun nak tunggu amik Alia sejam lagi. Nak balik serba-salah. So aku gi umah K Izan. Best jugak cite Susuk tu. Aku tengok pun sekerat je. Lepas tu gi amik Alia. K Izan ikut aku. Balik tu kitorang sambung tengok citer Sepi pulak. Sambil2 makan2 murtabak dan kuih. Pastu makan nasi pulak. Alia makan banyak. Suka betul dia makan masak lemak kobis. Ada ayam goreng, telur dadar dan kari ikan mamak style. Seronok tengok dia makan.

Aku pulak dah mula makan sensibly. Sebelum ni makan gila2. Kalau tak 2 pinggan memang tak sah. Memang lapar je. Tak kenyang2. Dipikir2 balik, sekarang dah lebih 3 bulan since aku cucuk2 tu. So sekarang hormon tu dah takde dalam badan aku sebab tu nafsu makan aku dah kembali normal. Aku nak kurus balik. Lepas cucuk hari tu, berat aku naik hampir 6kg!!! Ngerinya. Aku nak pakai balik baju2 aku....

Lupa nak cakap, masa hantar Alia, aku mintak cikgu dia, Mrs Galbraith utk ambilkan gambar Alia kat nursery. Gambar Alia sorang je sebab kat UK, tak boleh amik gambar budak2 lain. Privacy policy kononya. So nampak la macam Alia sorang2 je kat situ....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :