Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Kisah 8 bulan selepasnya

Hari ini, sudah lebih 8 bulan aku di UK. Dalam waktu ini, sudah 2 kali suamiku datang ke sini. Dalam waktu ini, sudah banyak tempat ku jelajahi. Dalam waktu ini, Alia sudah menjadi semakin dewasa. Kalau nak tengok tempat2 yang telah aku kunjungi, sila lihat foto2 kami di friendster (http://profiles.friendster.com/asmidaa).

Dalam waktu ini juga, aku telah berjaya menyiapkan 2 projek penyelidikanku. Yang pertama dipanggil Initial Study. Lokasinya di Silwood Park. Aku membuat pensampelan pada 15 pokok oak dan birch. Setiap pokok diambil 3 sampel terrestrial algae. Pensampelan dibuat pada waktu sejuk jadi hutannya terang, tak banyak daun dan semak. Pensampelan kedua di buat pada musim panas. Tak kusangka, hutannya berubah sama sekali. Semak sangat sampai aku jadi takut. Untuk keselamatan, tangan kananku memegang pisau, tangan kiri pegang batang kayu. Sebelum tu aku 'diserang' anjing. Anjing tu datang kat aku dan berdiri macam nak terkam aku. Tuan anjing kata anjing tu nak dipeluk je...Hishh tak kuasa aku. Anjingnya sebesar beruang. Bila anjing tu berdiri, hampir2 sama tinggi dengan aku. Memang la aku takut. Sampai aku jatuh bergolek2. Siap menangis lagi tu...takut. Lepas tu la aku pegang kayu besar tu, senang aku libas je mana2 anjing yang nak peluk (heheh...cakap je). Projek kedua aku dibuat di 6 lokasi iaitu Kensington Garden, Putney Heath, Epsom Common, Holmwood Common, Hesworth Common dan Ebernoe Common. Kiranya mula dari Central London hingga 70km ke luar London, di West Sussex.

Hari pertama aku tinggalkan Alia kat rumah Kak Izan di Egham, Surrey. Tapi takutnya aku..buat sampling sorang2. Dah la tempatnya kat hujung dunia, gelap, ada kubur, gereja, kilang lama berusia 1700 tahun lebih. Seram je aku tengok bangunan tu. Pastu hujan pulak, gelap macam dah senja. Masa tu Tuhan saja yang tahu hati aku. Memang takut sangat. Hari kedua dan seterusnya aku bawak Alia ikut aku masuk hutan. Kesian dia sampai tertidur2 kat dalam hutan, bosan. Aku amik sample tu selalunya dari pagi sampai petang. Jam 9pm baru sampai rumah. Seminggu jugak la aku berkampung kat utan tu. Alia suka sebab lepas habis buat collection, selalunya aku bawak dia makan aiskrim dan Walker crisps. Ganjaran sebab dia teman aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :