Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 10 November 2008

Jalan-jalan Seharian




Aku tido umah Ida, bertolak petang Jumaat tu. Malam makan nasi ayam panggang kat King's Kebab. Alia makan chips. Btw org UK panggil chips, org US panggil fries. Chips besar macam kentang goreng kat Nando's, fries macam yang McD punya tu. Esoknya lepas makan nasi goreng (Ida masak, aku kan tetamu, heheh), kami ke Portobello Market. Housemate Ida dari China, namanya Luna pun ikut sekali. Aku bawak Ida naik tube. Pertama kali Ida naik tube. Sejuk giler kat sana. Pastu siap hujan renyai-renyai. Sebab terlampau sejuk aku belikan gloves dan scarf utk Alia. Utk aku? Aku siap beli jaket baru lagik. Sejuk sungguh. Lepas tu kami makan kat restoran Malaysia ni. Nama kedainya MAKAN. Ha, memang makan betul. Aku order kueytiau goreng dengan teh o ais limau. Siap order dessert lagi-carrot kek. Ni le carrot cake paling sedap pernah aku makan setakat nih. Memang kelas A punyer. Ke aku yang lapar sebab tu rasa cam sedap sangat?

Lepas tu kami ke King's Mall. Aku beli handphone baru, Nokia N85. Dapat free sebab aku beli monthly package 35 pounds sebulan (lepas tu refund, tak sesuai). Lama jugak aku kat situ sampai aku naik bosan. Lepas tu pegi Sainsbury sebab Ida nak beli bahan-bahan utk research dia. Pastu pegi balik kat MAKAN restaurant tu sebab Sufi, Dila dan Faizah nak jumpa. Dila dan Faizah blaja kat University of Leeds. So, aku makan lagi. Kali ni laksa Singapore dan mee goreng dengan sweet sour chicken utk Alia (aku jugak yang makan esoknya). Tuan kedai ni org Terengganu. Melayu. So sapa2 yang pergi Portobello Market, sila singgah kedai ni. Rugi kalau tak singgah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :